Welcome

YM Raja Rosly Bin Raja Mazlan

Adalah pengasas kepada Kuzie Catering & Wedding Planner yang telah di tubuhkan semenjak 1994 dan beroperasi di Shah Alam. Beliau mempunyai Diploma Perhotelan dan Catering. Para pelanggan beliau bukan sahaja terdiri daripada kenamaan, tetapi juga popular dikalangan artis dan selebriti sehingga beliau di iktiraf oleh pihak Media Elektronik dan Media Cetak sebagai Chef Selebriti. Kajian selama 3 tahun dijadikan sebagai persiapan untuk membuka perniagaan penyajian makanan secara serius.

Majlis yang berjaya dan meriah adalah majlis yang di rancang rapi dan teliti. Perancangan majlis yanag berjaya harus melibatkan caterer dan planner yang berpengalaman serta profesional. Alangkah lebih elok jika anda mendapat khidmat caterer/planner yang mampu mengendalikan semua aspek majlis anda, bukan sekadar hidangan tetapi segala-galanya seperti tempat majlis, khemah, andaman, pakaian pengantin, juruacara dan tentatif program, penggambaran video dan gambar pegun, kad jemputan dan pelbagai lagi. Anda hanya perlu berurusan dengan sebuah syarikat sahaja berbanding pelbagai syarikat dan orang perseorangan.

Pokoknya, ketemukah anda dengan syarikat seperti yang diperkatakan tadi? Wujudkah syarikat yang boleh menguruskan kesemuanya bagi pihak anda?

Izinkan kami memperkenalkan syarikat kami iaitu Kuzie Catering & Wedding Planner. Kami mempunyai 18 tahun pengalaman dan mampu mengendalikan sekecil-kecil jamuan teh sehinggalah ke majlis persandingan yang besar. Segalanya ada di bawah satu bumbung...

"Rasa yang tiada tanding,

tiada banding....."

 

 

segalanya bermula di sini....

sentuhan eksklusif Pak Engku...